ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAKU LAMBAI SYAITAN : ISTERI SAKIT TERUK KERANA "PAGAR" RUMAH !!!

Friday 14 February 2014

PAKU LAMBAI SYAITAN : ISTERI SAKIT TERUK KERANA "PAGAR" RUMAH !!!

Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu perbuatan itu syirik dan terpedaya membeli empat paku demak berharga RM200 bertujuan mengubati isteri saya yang sakit selama dua tahun, tetapi tidak sangka kesan sebaliknya berlaku apabila dia bertambah sakit,” kata Fauzi, 32, yang insaf atas perbuatannya menggunakan pendinding untuk menghalau makhluk halus.
Menurutnya, dia diperkenalkan rakan kepada seorang lelaki menggelarkan diri sebagai ustaz yang dikatakan mempunyai kelebihan mampu merawat pelbagai jenis penyakit. 
“Dia mencadangkan saya berjumpa dengan ustaz ini di Pahang. 

“Sebelum itu pelbagai ikhtiar sudah dilakukan termasuk berjumpa doktor, tetapi dia tidak sembuh, sehingga saya sanggup buat apa saja termasuk membeli empat paku yang dijual ustaz ini,” katanya.
Katanya, dia pada mula tidak mengesyaki membeli paku besi sepanjang 10.16 sentimeter (4 inci) untuk dijadikan sebagai tangkal merawat isterinya itu perbuatan syirik yang sebenarnya mengundang syaitan.

No comments:

Post a Comment