ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TINDAKAN PANTAS DUA LELAKI SELAMATKAN KANAK-KANAK DICULIK

Wednesday 26 February 2014

TINDAKAN PANTAS DUA LELAKI SELAMATKAN KANAK-KANAK DICULIK

Foto
INA menenangkan anaknya yang nyaris diculik

Kota Bharu, 26 Feb - Tindakan pantas dua lelaki berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun daripada diculik dua individu tidak dikenali di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemuning, Pengkalan Chepa di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu dua lelaki yang melalui kawasan berkenaan telah berhenti apabila melihat insiden yang mencurigakan membabitkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak.

Suspek kemudian melarikan diri apabila melihat dua lelaki berkenaan datang ke arah mereka untuk memberikan pertolongan kepada kanak-kanak itu, katanya kepada pemberita selepas majlis Seminar Kecemerlangan Pelajar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini hari ini.

Jalaluddin berkata semasa kejadian, mangsa sedang menunggu ibu dan bapanya datang menjemput pulang dari sekolah, sebelum kedatangan dua suspek itu yang cuba menarik kanak-kanak berkenaan ke dalam sebuah kereta.

"Namun kanak-kanak terbabit meronta-meronta dan menjerit meminta pertolongan dan seorang suspek kemudian mengambil kayu di dalam keretanya lalu cuba memukul mangsa," katanya.

Jalaluddin berkata kanak-kanak itu dihantar pulang oleh dua lelaki yang menyelamatkannya ke rumahnya yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.

Beliau meminta dua individu yang membantu kanak-kanak itu supaya tampil memberikan maklumat kepada polis bagi membantu mengesan suspek.

Ibu mangsa berusia 36 tahun berterima kasih kepada dua individu yang menyelamatkan anaknya daripada diculik itu. - http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarisdiculik/Article/index_html

No comments:

Post a Comment