ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KANAK-KANAK MAUT DIREMPUH KERETA !!!

Thursday 27 March 2014

KANAK-KANAK MAUT DIREMPUH KERETA !!!



Tanah Merah - Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala abangnya cedera parah selepas basikal yang dinaiki dirempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Kampung Chawas di sini, malam kelmarin. 


Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, mangsa Nik Khairul Nasroha Azhar, 10, membonceng basikal yang ditunggangi Nik Khairul Nasoha Azhar, 14, dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan. 

Akibat kemalangan itu mangsa melambung di bahagian depan cermin kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala. 

Nik Khairul Nasoha pula mengalami cedera parah pada dada dan bahagian belakang badan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. 

Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan itu dan saksi kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes tersebut. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment