ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASUKAN CARIAN ANTARABANGSA MH370 DIANCAM RIBUT & ANGIN KENCANG !!!

Thursday 27 March 2014

PASUKAN CARIAN ANTARABANGSA MH370 DIANCAM RIBUT & ANGIN KENCANG !!!


PERTH: Ribut petir dan angin kencang pada Khamis mengancam usaha pasukan carian antarabangsa MH370 selepas lebih dari 100 objek terapung berjaya dirakam satelit dan menimbulkan harapan baru.

Malaysia berkata imej yang berjaya dirakam baru-baru ini oleh satelit Perancis menunjukkan '122 objek yang berpotensi' yang terdapat di kawasan carian terpencil selatan Lautan Hindi, walaupun masih belum ada satu pun objek yang telah diambil dari laut.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengingatkan bahawa adalah mustahil untuk menentukan dengan segera sama ada objek tersebut berkaitan Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac dan yang dipercayai terhempas dengan 239 orang di dalam pesawat.

Tetapi Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang menyelaraskan carian di 2,500 kilometer (1,550 batu) barat daya Perth berkata mereka telah pun berada di satu kawasan di mana pihak berkuasa menyasarkan ia sebagai zon tepat yang berpotensi berlakunya kemalangan.

"Kedudukan dalam maklumat satelit yang dikeluarkan oleh Agensi Remote Sensing Malaysia berada dalam kawasan carian pada Rabu," katanya, ketika satu kumpulan pesawat bersedia untuk meninggalkan kawasan tersebut sebelum cuaca menjadi lebih buruk.

Enam pesawat tentera dari Australia, China, Jepun dan Amerika Syarikat akan terbang melakukan carian sepanjang hari, bersama-sama dengan lima pesawat awam di dua kawasan meliputi kumulatif 78,000 kilometer persegi.

Lima buah kapal juga berada dalam zon carian, termasuk HMAS Success Australia dan kapal China Xue Long, Kunlunshan, Haikou dan Qiandaohu.

Tetapi mereka melakukan operasi di lautan luas dengan ombak kuat seperti yang diterangkan oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbott.

AMSA dan Biro Meteorologi Australia  memberi amaran cuaca dijangka buruk lewat hari ini. - AFP

No comments:

Post a Comment