ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PDRM JEJAK KEMUNGKINAN PESAWAT MH370 MENDARAT DI LOKASI RAHSIA !!!

Tuesday 18 March 2014

PDRM JEJAK KEMUNGKINAN PESAWAT MH370 MENDARAT DI LOKASI RAHSIA !!!


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan penyiasat khas untuk menjejak kemungkinan wujud lapangan terbang rahsia di koridor utara dan selatan yang kini menjadi kawasan tumpuan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu.

Agensi media antarabangsa sebelum ini melaporkan, ada lebih 600 lapangan terbang di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan-Turkmenistan sehingga utara Thailand dan koridor selatan yang mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Bagaimanapun, Jumlah berkenaan turut mengambil kira semua lapangan terbang awam, komersial dan pangkalan udara tentera beberapa negara. 

Justeru, sumber PDRM memberitahu Harian Metro jika pesawat MH370 mendarat di lapangan terbang awam, komersial atau milik tentera, sudah tentu pendaratannya diketahui umum.

“Jadi, pasukan khas itu menyiasat kemungkinan ia mendarat di lapangan terbang rahsia yang mungkin wujud, termasuk milik persendirian atau lapangan terbang lama yang diguna semula,” katanya.
MyMetro

No comments:

Post a Comment