ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #PRKKAJANG : CALON BN TERIMA PILIHAN PENGUNDI

Monday 24 March 2014

#PRKKAJANG : CALON BN TERIMA PILIHAN PENGUNDI


Mei Fun hormati pilihan pengundi Kajang

BANGI - Calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun akan meneruskan perjuanganya dalam politik meski pun beliau tewas kepada lawannya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK N25 Kajang, hari ini.

Katanya, walaupun BN gagal merampas kembali Dun Kajang daripada PKR sejak 2008, namun beliau menghormati keputusan yang telah dibuat pengundi pada hari ini.

"Saya hormat apa yang mereka putuskan, keputusan yang mereka buat."


"Saya akan teruskan perjuangan saya dalam politik," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan BN Bukit Angkat, Sg Chua, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan PRK N25 Kajang hari ini yang diumumkan Pengurus Pilihan Raya PRK N25 Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman di Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), di sini, hari ini.

Tambah beliau, kemenangan yang diraih bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut disumbangkan daripada undi simpati kes suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan, baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau menerima keputusan itu sekali gus Kajang kekal milik PKR yang dimenangi pembangkang sejak 2008.

"Saya fikir Wan Azizah memperoleh undi simpati yang telah mengurangkan majoriti undi kepada BN pada hari mengundi siang tadi," katanya lagi.-SH



Mei Fun: Harap Wan Azizah tunai janji
KAJANG - Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengucapkan tahniah kepada pencabarnya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kajang hari ini.

Oleh itu, menurutnya  beliau sangat berharap agar Wan Azizah dapat melaksanakan tugas barunya , dengan penuh dedikasi dan menunaikan segala janjinya terhadap penduduk Kajang.

"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon PKR, Wan Azizah.

"Oleh itu,saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Adun Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Wan Azizah memperoleh kemenangan dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi.

Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya hari ini, menurun berbanding pilihan raya umum lalu.-SH

No comments:

Post a Comment