ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HIKMAH BERZIKIR

Friday 25 April 2014

HIKMAH BERZIKIR

image
Setiap hari kita dituntut untuk berzikir. Tidak kira di mana kita berada dan dalam situasi mana sekali pun.
Ramai yang tidak tahu bahawa berzikir mempunyai hikmah yang tersendiri
Hikmah berzikir:
1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
2. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T redha.
3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.
4. Zikir adalah menggembirakan hati.
5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.
6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.
7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni murah rezeki).
8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.
9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan.
10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat insan.
11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini, lama-kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah S.W.T menjadi pelindung dan pembantu baginya.
12. Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
13. Zikir adalah membukakan pintu makrifat kepada Allah S.W.T.
14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.
15. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran
16. Zikir adalah menghidupkan hati.
17. Zikir adalah santapan bagi roh dan hati.
18. Zikir adalah membersihkan hati daripada karatan (kekotoran)
19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat.
20.Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment