ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAYAT BUDAK 11 TAHUN JATUH LONGKANG DISEKOLAH DITEMUI 2 KM DARI LOKASI KEJADIAN !!!

Saturday 19 April 2014

MAYAT BUDAK 11 TAHUN JATUH LONGKANG DISEKOLAH DITEMUI 2 KM DARI LOKASI KEJADIAN !!!


Ampang: Mayat kanak-kanak berusia 11 tahun yang terjatuh dari longkang di sekolahnya ditemui pada jam 4.40 petang tadi, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia terjatuh.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, mangsa ditemui oleh pihak berkuasa di loji takungan Air Smart Perembang Indah, di sini, ketika usaha mencari diperluas sejak Rabu lalu.

"Mayat mangsa kini diserah kepada pihak polis untuk tujuan pengecaman oleh keluarga sebelum ia dihantar ke Hospital bagi tujuan bedah siasat," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan, sebentar tadi. 

Mangsa Khairul Azrid Abdul Razak yang juga pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Ampang, dipercayai terjatuh dari longkang di sekolahnya ketika ingin mengambil bola takraw.

Dalam kejadian 4 petang Rabu lalu, mangsa telah dihanyutkan arus deras di Sungai Ampang sebelum dikhuatiri lemas. {Artikel Berkaitan}
MyMetro

No comments:

Post a Comment