ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PESAWAT OBAMA SELAMAT MENDARAT DI PANGKALAN UDARA SUBANG JAM 4.50 PETANG

Saturday 26 April 2014

PESAWAT OBAMA SELAMAT MENDARAT DI PANGKALAN UDARA SUBANG JAM 4.50 PETANG



SUBANG - Pesawat membawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama selamat mendarat di pangkalan udara Subang di pinggir ibu negara Malaysia Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pesawat itu mendarat pada 4.50 petang selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan.

Malaysia merupakan negara ketiga dalam jadual lawatan Obama ke empat negara di Asia.

Sebelum Korea Selatan, beliau melawat Jepun.

Beliau akan mengakhiri lawatan itu dengan mengunjungi Filipina pada Isnin.

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu yang mula memegang tampuk pemerintahan pada 2009 dan dipilih semula untuk penggal kedua pada 2012, melawat Jepun dan Korea Selatan. Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.  

Kawalan keselamatan di pangkalan udara itu yang terletak di pinggir ibu negara Malaysia Kuala Lumpur amat ketat dengan beratus-ratus anggota keselamatan ditugaskan untuk berkawal.

Obama beredar dari pangkalan udara itu untuk ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur bagi upacara sambutan rasmi dengan menaiki limousin presiden beliau.

Semalam, Anifah berkata lawatan presiden AS itu menandakan bermulanya peningkatan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat kepada sebuah perkongsian komprehensif.

Beliau berkata, hubungan baik yang terjalin antara Obama dan Najib akan memastikan perbincangan berkaitan ekonomi, keselamatan dan hubungan rakyat kepada rakyat adalah terbuka, konstruktif dan produktif. - Bernama

No comments:

Post a Comment