ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SISWI BUANG BAYI DALAM MANGKUK TANDAS !!!

Wednesday 23 April 2014

SISWI BUANG BAYI DALAM MANGKUK TANDAS !!!

Siswi buang bayi dalam mangkuk tandas di Kuala Terengganu
Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU: Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui tersangkut dalam mangkuk tandas sebuah rumah pangsa di Jalan Hiliran di tengah bandar raya ini awal pagi tadi dipercayai cuba dibuang oleh ibunya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi awam di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu, ACP K. Manoharan berkata mayat bayi itu ditemui oleh rakan serumah siswi berkenaan selepas siswi itu rebah di depan pintu tandas kira-kira pukul 2.30 pagi.

Rakan siswi itu kemudian menghubungi ambulans untuk menghantar suspek ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Bedah siasat ke atas mayat bayi itu telah dijalankan pada tengahari dan sebab kematian adalah mati semasa kelahiran," kata Manoharan.

Beliau bagaimanapun memaklumkan siasatan masih pada peringkat awal dan polis sedang mengesan saksi termasuk teman lelaki siswi berkenaan yang dipercayai penduduk setempat.

Menurut polis, suspek tinggal bersama enam orang lagi rakan di rumah sewa itu tetapi hanya seorang saja yang ada di rumah semasa kejadian.

Polis juga percaya suspek menyembunyikan kehamilannya dengan memakai pakaian yang besar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Menurut polis, suspek akan ditahan selepas menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nurzahirah di sini.

No comments:

Post a Comment