ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 10 ADUN BN PULAU PINANG DESAK RAYER MOHON MAAF !!!

Thursday 22 May 2014

10 ADUN BN PULAU PINANG DESAK RAYER MOHON MAAF !!!


Adun Seri Delima, RSN Rayer berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang dikeluarkan terhadap pemimpin Umno sebelum ini.   

Rayer berkata, kenyataan itu dikeluarkan ketika sidang Dun dan hanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin parti itu, oleh itu ia harus diselesaikan dalam Dun.

"Setiap orang Adun mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan Dun, jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, wakil rakyat BN Dun Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemimpin Umno ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui Dun supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno. 
Bernama


No comments:

Post a Comment