ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 50 PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU DITUKAR

Wednesday 28 May 2014

50 PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU DITUKAR


KUALA TERENGGANU – Seramai 50 Pegawai Tadbir Negeri akan terlibat dalam pertukaran jawatan baru di beberapa jabatan dan agensi kerajaan berkuat kuasa 2 Jun ini, demikian kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Menurut Mazlan, pertukaran tersebut bagi mengisi kekosongan jawatan susulan persaraan wajib Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mat Ghazali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah bulan depan.

Menurutnya, kekosongan jawatan pegawai kewangan negeri akan diisi Datuk Osman Muda yang kini merupakan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Terengganu (Pmint).

“Jawatan Pengurus Besar Pmint itu pula nanti akan diisi oleh Pengarah Bekalan Air Negeri, Datuk Wan Zahari Wan Ngah,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Beliau bagaimanapun menafikan pertukaran 50 pegawai tersebut adalah disebabkan perubahan pucuk pimpinan selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menteri besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Mazlan berkata, ia merupakan proses pertukaran biasa selepas persaraan wajib dua pegawai tinggi kerajaan dan pelantikan tersebut dibuat berdasarkan empat aspek.

“Empat aspek yang kita lihat adalah senioriti, meritokrasi, asset ekuiti dan kesesuaian,” katanya.

No comments:

Post a Comment