ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DOKTOR KERUGIAN RM35,000, RUMAH DIPECAH MASUK !!!

Wednesday 21 May 2014

DOKTOR KERUGIAN RM35,000, RUMAH DIPECAH MASUK !!!


KOTA BHARU - Seorang doktor kerugian kira-kira RM35,000 selepas rumahnya dipecah masuk dan beberapa barang berharga hilang di Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata ketika kejadian, mangsa tiada di rumah kerana pulang ke kampung bersama keluarganya di Kulim, Kedah sejak Khamis lalu.

"Sebelum meninggalkan rumah, mangsa telah memastikan semua tingkap dan pintu dikunci, bagaimanapun, ketika pulang ke rumahnya kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, mangsa mendapati keadaan rumah berselerak manakala pintu-pintu bilik terbuka selain terdapat kesan umpil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azham berkata antara barang yang hilang termasuk sebuah kamera SLR, seutas gelang emas, sepasang subang emas, dua utas rantai leher emas dan tiga utas jam tangan berjenama.

Beliau berkata hasil siasatan di tempat kejadian mendapati suspek dipercayai masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang dengan mengumpil pintu kayu di bahagian dapur sebelum memotong jeriji besi pintu berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah  pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda. 

Bernama

No comments:

Post a Comment