ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAYAT LELAKI RENTUNG DALAM TEKSI

Tuesday 20 May 2014

MAYAT LELAKI RENTUNG DALAM TEKSI


KUALA LANGAT - Mayat seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah teksi yang terbakar di Taman Mas, Bandar Saujana Putra, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan kereta itu daripada orang awam sekitar jam 9.30 pagi.

“Pemeriksaan forensik mendapati terdapat satu rangka manusia rentung di bahagian hadapan tempat pemandu kereta itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum mayatnya dibakar bagi mengelak identiti mangsa dikesan.

Menurut Azman, pihaknya cuba mengenal pasti identiti mangsa melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang dikenali sebagai Din berkata, sebelum kejadian, dia ternampak sebuah teksi berwarna merah di lokasi kejadian petang kelmarin.

“Saya kebetulan melalui jalan itu untuk pergi memancing dan nampak seorang lelaki memakai baju putih berhampiran teksi berkenaan," katanya.
SH

No comments:

Post a Comment