ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS KENAL PASTI SUSPEK SAMUN ATM DI BESUT !!!

Thursday 22 May 2014

POLIS KENAL PASTI SUSPEK SAMUN ATM DI BESUT !!!


KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sudah mengenal pasti seorang daripada empat suspek yang menyamun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kampung Raja, Besut, Ahad lalu. {Artikel Berkaitan}

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, berkata mereka juga dipercayai kumpulan sama yang melakukan jenayah serupa di Kelantan sebelum ini. 

"Modus operandi yang diguna hampir sama selain jumlah suspek juga sama," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini. 

Katanya, usaha memburu suspek dilakukan oleh satu pasukan khas. 

Dalam kejadian 5.55 pagi itu, empat lelaki bertopeng hanya mengambil masa lima minit untuk memecahkan dan melarikan wang tunai RM160,000 daripada sebuah ATM Bank Rakyat Cawangan Jerteh. 

Melalui rakaman kamera litar tertutup, suspek sebelum itu menggunakan kereta untuk menarik keluar sebuah daripada empat ATM yang terletak berhampiran sebuah pasar raya ketika pengawal keselamatan menunaikan solat Subuh. 

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment