ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: REMAJA CEDERA PARAH TONG GAS MELETUP KERANA ROKOK !!!

Sunday 22 June 2014

REMAJA CEDERA PARAH TONG GAS MELETUP KERANA ROKOK !!!


KLANG - Padah menghisap rokok berhampiran tong gas, seorang remaja lelaki cedera parah selepas tong berisi gas oxy-acetylene yang diletakkan di dalam sebuah pacuan empat roda meletup di Jalan Melayu di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, remaja lelaki berusia 19 tahun itu dikatakan sedang menghisap rokok berhampiran pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang diletakkan di tepi sebuah pasar raya.

Menurut sumber bomba, lelaki berkenaan yang memandu kenderaan itu sendirian dipercayai baru sampai ke kawasan berkenaan bagi melakukan kerja-kerja kimpalan di pasar raya tersebut.

Katanya, kenderaan terbabit membawa tiga tong gas oxy-acetylen serta beberapa baldi berisi cat yang diletakkan di bahagian belakang Toyota Hilux tersebut dan ditutup dengan kanvas.

Gas oxy-acetylen biasanya digunakan untuk memotong besi dan kerja-kerja kimpalan.
Sebaik sampai ke tempat kejadian, lelaki ini keluar dari kenderaannya dan berjalan sambil menyalakan rokok.

"Selang berapa saat selepas itu, tiba-tiba pacuan empat roda tersebut meletup dan mangsa yang sedang berjalan membelakangi kenderaan itu melecur teruk pada bahagian belakang badan akibat disambar api," katanya.
KOSMO

No comments:

Post a Comment