ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MH17 : PUTIN JANJI BANTU KELUARKAN MAYAT, KOTAK HITAM

Monday 21 July 2014

MH17 : PUTIN JANJI BANTU KELUARKAN MAYAT, KOTAK HITAM


THE HAGUE: Presiden Russia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat mangsa dan kotak hitam pesawat malang MH17  yang terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine. 

Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD. 

“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam dan Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk kedua-dua perkara itu,” kata jurucakap itu. 

Sebahagian daripada 298 orang dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikatakan ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda. 

Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa. 

Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. - AFP

No comments:

Post a Comment