ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PM @najibrazak BENTANG USUL TERGEMPAR MENGENAI MH17 DI DEWAN RAKYAT SEMALAM

Thursday 24 July 2014

PM @najibrazak BENTANG USUL TERGEMPAR MENGENAI MH17 DI DEWAN RAKYAT SEMALAM


Parlimen Malaysia hari ini mencipta sejarah di mana semua sebulat suara termasuk pembangkang  menyokong usul PM dan kerajaan mengutuk sekerang-kerasnya  tragedi nahas MH17 . 

Malah PM dan TPM juga dilihat pergi ke tempat pemimpin pembangkang bersalaman dengan DS Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen pembangkang . 

Walaupun terdapat beberapa isu kecil ketika perbahasan persidangan khas pagi tadi , ternyata solidariti semua Ahli Parlimen  bersama kerajaan dan tragedi MH17 membuktikan kematangan berpolitik lebih diutamakan .

Lebih manis hari ini ialah hari jadi PM yang ke 61 tahun .. mungkin ini hadiah utama pembangkang melalui sokongan padu di Parlimen hari ini !!






23 JUL: Perdana Menteri mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengorbankan nyawa 298 orang di dalam pesawat MH17 sambil mempersoal siapa yang menembak pesawat itu dan apa motif mereka berbuat demikian.
Ketika membentang usul khas mengenai MH17 di Dewan Rakyat hari ini Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggesa supaya siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu dan mendesak semua pihak untuk memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera.
Berikut adalah teks penuh Perdana Menteri pada pembentangan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada 17 Julai 2014, di bawah Peraturan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.Beliau juga menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17, segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Tuan Yang Dipertua,

No comments:

Post a Comment