ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERBABAS MASUK LONGKANG DALAM KEADAAN BERTINDIH !!!

Sunday 20 July 2014

TERBABAS MASUK LONGKANG DALAM KEADAAN BERTINDIH !!!


Shah Alam: Ketika semua sedang sibuk membuat persiapan berbuka puasa, penduduk Seksyen 2 di sini, dikejutkan dengan kejadian dua buah kereta terbabas sebelum memasuki longkang besar di tepi jalan dalam keadaan bertindih kira-kira jam 5 petang tadi.

Menurut sumber, kereta Suzuki Swift dan Toyota Vios dipandu dua wanita itu mengelak daripada bertembung antara satu sama lain di satu persimpangan berhampiran Pusat Kitar Semula, dekat sini. 

"Sebuah kereta datang dari arah Seksyen 3 cuba memasuki persimpangan berkenaan manakala sebuah lagi kereta dari arah bertentangan dipandu laju sehingga mengakibatkan keduanya yang cuba mengelak antara satu sama lain termasuk ke dalam longkang besar itu dalam keadaan bertindih.

"Bagaimanapun, kedua-dua wanita itu tidak mengalami kecederaan serius dan orang ramai yang lalu lalang membantu mengeluarkan mereka daripada kenderaan masing-masing," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis trafik mengesahkan sehingga jam 11 malam tadi, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berkenaan kejadian dan menasihatkan kedua-dua pemandu terbabit berbuat demikian.
myMetro

No comments:

Post a Comment