ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIADA SEBAB ADA PIHAK DALAM PAS MAHU PERTIKAI BILANGAN EXCO - AZMIN ALI

Sunday 28 September 2014

TIADA SEBAB ADA PIHAK DALAM PAS MAHU PERTIKAI BILANGAN EXCO - AZMIN ALI

Tiada sebab ada pihak dalam PAS mahu pertikai bilangan exco - Azmin
Tiada sebab ada pihak dalam PAS mahu pertikai bilangan exco - Azmin

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebab untuk PAS menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pengurangan jumlah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada parti itu.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu sudah dibincangkan bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dan mendapat persetujuan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah sendiri.

"Saya sudah berbincang dengan pemimpin PR dan konsensus itu diperolehi.

"Saya faham bagaimana perasaan sesetengah pihak, tetapi ia merupakan keputusan bersama yang mendapat perkenan Sultan Selangor," katanya di dalam laman Twitter Azmin yang memetik laporan portal The Malaysian Insider.


Pada Jumaat, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju agar bilangan Exco PAS di dalam barisan Exco baharu negeri itu dikurangkan daripada empat kepada tiga.

Ujarnya, PAS negeri Selangor juga telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat yang turut tidak bersetuju dengan pengurangan itu.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus memberitahu, dia berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan ada hikmah di sebaliknya perkara itu.

Dalam pada itu jelas Azmin, ada beberapa perkara yang mahu ditumpukan dalam tempoh terdekat.

"Kita akan lihat beberapa perkara termasuk pendidikan yang penting kepada rakyat Selangor. Kerana itu peranan Universiti Selangor (UNISEL) disifatkan amat penting.

"Kita juga akan lihat bagaimana kerajaan negeri boleh memberi pendidikan percuma di UNISEL. Ia akan bergantung kepada bajet yang akan dimaklumkan nanti," ujarnya.

Pada Jumaat, Azmin berkata, empat perkara termasuk isu elaun gaji MB, KIDEX, masalah air dan penjualan tanah akan dibincangkan dengan exco kerajaan negeri yang baharu dalam mesyuarat pertama mereka pada Rabu depan.

No comments:

Post a Comment