ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MENGURUS KEMENANGAN BN DENGAN KONSEP "KASIH AKAN MELATA BUKAN KASIH YANG BERTOMPOK" !!!

Friday 24 October 2014

MENGURUS KEMENANGAN BN DENGAN KONSEP "KASIH AKAN MELATA BUKAN KASIH YANG BERTOMPOK" !!!


WAWANCARA Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan DUN Pengkalan Kubor Kelantan dengan majoriti besar baru-baru ini diputuskan akan menjadi 'kajian kes' oleh UMNO untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang.
Itu penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Pengkalan Kubor bagi meraikan kemenangan BN baru-baru ini.
Najib menzahirkan suatu terma ‘Di Sini Mulanya Pembaharuan Ke Arah PRU14’ bagi membangkitkan semangat baru BN.
Apa formulanya, apa rahsianya yang menyebabkan sokongan padu rakyat berterusan biarpun berganti personaliti yang menjadi calon.
Benarkan kejayaan di Pengkalan Kubor merupakan contoh bagaimana jika calon 'winnable candidate' disokong oleh jentara parti akan memperoleh kejayaan, atau dalam kata lain, pengorbanan pemimpin peringkat bahagian yang namanya tidak dicalonkan.
Untuk menjawab persoalan tersebut, Agendadaily mengadakan temuramah khas dengan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat Datuk Rosdi Aziz, wira tak didendang di sebalik kejayaan besar BN di N01 Pengkalan Kubor.
Beliau dan seluruh AJK UMNO Bahagian Tumpat mengakui menimba banyak ‘aset-aset’ penting bagi meneruskan kepimpinan UMNO Bahagian Tumpat selepas kematian ketuanya yang juga ADUN Pengkalan Kubor arwah Datuk Noor Zahidi Omar akibat penyakit kanser.
Dalam PRK itu, calon BN Mat Razi Mat Ail, 48 tahun menang besar dengan majoriti 2,635 undi setelah mendapat 9,961 undi mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang memperolehi 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hanya mendapat 38 undi sahaja.
Dalam pertemuan dengan wartawan kanan Agendadaily Lukman Abdullah di pejabat UMNO Bahagian Tumpat baru-baru ini, Datuk Rosdi menjawab beberapa persoalan berhubung kemenangan kerusi DUN Pengkalan Kubor disamping perancangan beliau selaku peneraju baru UMNO Tumpat untuk merampas semula tiga lagi DUN dalam bahagian tersebut.
Baginya konsep pengurusan yang betul, samada dalam parti mahupun pada rakyat yang diwakili adalah "kasih akan melata bukan kasih yang bertompok."
Dalam kata lain, bukan pilih bulu, semua kelompok atau segmen masyarakat merasai kehadiran UMNO dan BN di dalam DUN, Parlimen juga negeri untuk kekal menjadi parti yang unggul dan terus memimpin Malaysia bagi dekad akan datang.

No comments:

Post a Comment