ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: FINAL PERTAMA #AFFSUZUKICUP2014 : THAILAND KALAHKAN MALAYSIA 2-0 DI HALAMAN SENDIRI

Wednesday 17 December 2014

FINAL PERTAMA #AFFSUZUKICUP2014 : THAILAND KALAHKAN MALAYSIA 2-0 DI HALAMAN SENDIRI


Thailand memanfaatkan peluang bermain di hadapan penyokong sendiri dengan jaringan dua gol tanpa balas ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang pasukan Harimau Malaya di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Jaringan pertama skuad Negara 'Gajah Putih' itu adalah hasil tendangan penalti pemain tengah, Charly Chappuis pada minit ke-71 manakala rembatan Kroekrit Thaweekarn pada minit ke-85 menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd. Farizal Marlias.

Ketika berakhirnya separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.

Minit-minit awal perlawanan menyaksikan anak-anak buah Dollah Salleh membuat beberapa asakan dan percubaan yang baik, namun pasukan tuan rumah turut membuat serangan balas yang berbahaya.

Kawalan padang oleh skuad Thailand dilihat tidak luntur dan semakin sengit bermula minit ke-30, dan sehingga akhir mereka dirumus sebagai menguasai 59 peratus perlawanan.

Malaysia berpeluang meledakkan gol pada minit ke-62 namun percubaan Norshahrul Idlan Talaha itu dihalang pemain pertahanan Thailand, sementara dalam satu kesempatan lain, rembatan Amri Yahya diselamatkan penjaga gawang tuan rumah, Kawin Thammasatchanan.

Pemain tengah Thailand, Chanathip Songkrasin turut diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Misi menebus maruah bagi pasukan Harimau Malaya akan diteruskan pada perlawanan kedua nanti di  Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember. - astroawani

THAILAND
Kawin Thammasatchanan (kapten), Narubodin Weerawatnodom, Suttinan Phukhom, Tanaboon Kesarat, Peerapat Notchaiya, Mongkol Thosakrai (Deeprom P), Charyl Chappuis, Sarach Yooyen (Lahso A), Kroekrit Thaweekarn, Chanathip Songkrasin, Adisak Kraisorn

MALAYSIA
Farizal Marlias, S Kunanlan, Shukor Adan (kapten), Fadhli Shas, Zubir Azmi, Azammuddin Akil, Safiq Rahim, Badhri Radzi (Baddrol Bakhtiar), Amri Yahyah (Safee Sali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha.


PENGADIL: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)

No comments:

Post a Comment