ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LORI AYAM JATUH GAUNG, JALAN RUNTUH DI KM 63 JALAN RAYA TIMUR BARATGERIK

Wednesday 24 December 2014

LORI AYAM JATUH GAUNG, JALAN RUNTUH DI KM 63 JALAN RAYA TIMUR BARATGERIK


“Lima lori saya tidak dapat menghantar bekalan ayam hidup ke Kota Bharu. Satu daripadanya terjunam ke dalam gaung, bagaimanapun pemandunya selamat,” kata Zukila Draman, 36.

Zukila atau terkenal dengan panggilan Jukee Ayam adalah pemilik lori yang terjunam ke dalam gaung selepas jalan runtuh di Kilometer 63 Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, 8.40 malam tadi.

Terdahulu, gambar mengenai kejadian berkenaan tersebar di laman sosial dengan pelbagai andaian.

Menurutnya, lori yang terjunam ke dalam gaung itu membawa muatan 3,200 ekor ayam.

“Hari ini saya terpaksa menutup perniagaan berikutan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad mengesahkan kejadian itu.

Katanya, laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.hmetro

No comments:

Post a Comment