ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN SPEKULASI KESIHATAN TOK GURU - NIK AMAR

Wednesday 21 January 2015

JANGAN SPEKULASI KESIHATAN TOK GURU - NIK AMAR

Isteri Nik Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak (dua,kiri) kelihatan memasuki wad pada jam 5.20 petang, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, keadaan Nik Aziz kini stabil dan jangan mudah percaya dengan maklumat tidak sah kerana ia boleh mengundang persepsi negatif masyarakat.

"Jangan cuba mengambil kesempatan, malah kita juga tidak benarkan mana-mana pihak untuk mengambil gambar di kawasan Tok Guru dirawat.

"Sebarang maklumat pastikan ia disahkan keluarga terdekat, dan sumber yang betul,"katanya kepada media sebentar tadi.

Beliau ditemui di luar Wad 2 Delima HUSM dalam kunjungan rasmi yang diketuai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Mohd Amar turut menyeru semua pihak untuk mendoakan kesihatan Mursyidul Am Pas itu walaupun arahan rasmi untuk mengadakan solat hajat tidak dikeluarkan.

"Saya percaya semua pihak mendoakan kesihatan Tok Guru kembali pulih, InsyaALLAH,"katanya.

Sementara itu, keadaan terkini Nik Aziz juga semakin bertambah baik namun menurut Mohd Amar, beliau masih lagi tidur dan berehat secukupnya.
sh

No comments:

Post a Comment