ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BOMBA BERI PENJELASAN BERKENAAN FOTO MANGSA KEMALANGAN PUTUS KEPALA TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL

Saturday 28 February 2015

BOMBA BERI PENJELASAN BERKENAAN FOTO MANGSA KEMALANGAN PUTUS KEPALA TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menafikan gambar-gambar kemalangan ngeri melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang tersebar dalam laman sosial berlaku di Jalan Jeniang-Gurun petang semalam seperti didakwa.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM negeri, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata gambar kemalangan ngeri membabitkan kanak-kanak itu dipercayai berlaku di luar negara.

Beliau berkata kejadian kemalangan petang semalam di jalan terbabit melibatkan kematian dua lelaki tempatan berumur 23 tahun dan 30-an yang berada dalam kenderaan jenis Proton Wira.

“Wanita yang memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang terbabit dalam kemalangan itu berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaan itu terbakar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Perbandingan gambar yang diambil oleh anggota JBPM dan gambar yang tersebar dalam laman sosial berbeza dari segi lokasi dan keadaan jalan raya seperti keadaan bahu jalan bertanah merah, manakala bahu jalan tempat kemalangan petang semalam berumput hijau,” katanya.
Credit ; AAKJ

No comments:

Post a Comment