ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS BELUM PUTUSKAN CALON PRK CHEMPAKA, BANTU PRK DI PERMATANG PAUH

Friday 20 February 2015

PAS BELUM PUTUSKAN CALON PRK CHEMPAKA, BANTU PRK DI PERMATANG PAUH

PAS masih belum menerima senarai calon untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka walaupun timbul spekulasi bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz akan diletakkan sebagai calon.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, parti masih belum mengadakan sebarang mesyuarat berhubung perkara itu dan proses pencalonan perlu melalui beberapa peringkat sebelum diluluskan.
"Saya tidak mempunyai maklumat tentang itu. Pertama sekali, PAS bahagian Pengkalan Chepa perlu mencadangkan beberapa nama kepada PAS Kelantan untuk dipertimbangkan.
"Hanya selepas itu parti boleh membuat keputusan, " katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.
Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan bahawa Nik Abduh disebut-sebut untuk bertanding kerusi DUN Chempaka, kubu kuat yang dipegang oleh bapanya Datuk Nik Abdul Nik Mat selama 20 tahun sebelum beliau meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.
Sumber PAS Kelantan dipetik dalam laporan itu berkata bahawa Nik Abduh 'layak' untuk bertanding kerusi itu kerana beliau merupakan satu-satunya anak Nik Aziz yang aktif dalam politik.
"Adakah kita mempunyai calon lain selain Nik Abduh? Ini bukan soal beliau anak kepada Nik Aziz, tetapi beliau mempunyai kelayakan untuk bertanding, " kata sumber itu dipetik sebagai berkata.
Sumber itu juga menambah tidak menjadi satu kesalahan untuk Nik Abduh, yang sudah menjadi ahli Parlimen, untuk bertanding di kawasan tersebut.
Mahfuz juga menafikan spekulasi yang mencadangkan bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan bertanding kerusi Permatang Pauh, sambil menekankan bahawa kawasan Parlimen itu adalah milik PKR.
"Saya boleh mengesahkan bahawa PAS tidak akan bertanding di sana, tetapi kami akan menghulurkan bantuan kepada PKR dari segi jentera pilihan raya," katanya.
Parlimen Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi yang ditandingi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
mStar

No comments:

Post a Comment