ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AWAL ASHAARI KEMALANGAN DI MELAKA , KERETA REMUK TERUK

Sunday 29 March 2015

AWAL ASHAARI KEMALANGAN DI MELAKA , KERETA REMUK TERUK


Awal Ashaari kemalangan di Melaka, kereta remuk teruk
KUALA LUMPUR: Pelakon Awal Ashaari dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi Ahad.

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Ayer Keroh arah selatan.

Awal, yang juga pengacara sebuah rancangan hiburan, dikatakan sedang dalam perjalanan ke tapak karnival di Stadium Hang Jebat, Melaka bersama pengurusnya, Izuan Mokhtar.

Wartawan dan pengacara, Zuan Azmi mengesahkan kemalangan itu dan telah memuat naik gambar kereta awal yang remuk di akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, menurut Zuan, Awal telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besar Melaka dan kini berada dalam keadaan selamat.

"Alhamdulillah, Awal selamat...Kereta 'total lost'...Awal sedang menjalani pemeriksaan imbasan x-ray untuk mengesan apa-apa kecederaan dalaman," katanya kepada Astro Gempak menerusi aplikasi WhatsApp.

AstroAwani

No comments:

Post a Comment