ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HIMPUNAN #KITA LAWAN JELAS PKR INGKAR ARAHAN !!!

Saturday 7 March 2015

HIMPUNAN #KITA LAWAN JELAS PKR INGKAR ARAHAN !!!


Himpunan pro-pembangkang #KitaLawan anjuran PKR jelas menunjukkan parti 'anak-beranak' itu sekali lagi mengingkari larangan polis.

Himpunan yang bermotifkan protes diatas hukuman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar itu tetap diteruskan dan PKR menerusi Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tetap mempertahankan dakwaan bahawa suaminya tidak bersalah diatas pertuduhan liwat.

"Kami mahu menunjukkan kepada BN bahawa apa yang dilakukannya tidak melumpuhkan pimpinan kami. Mungkin pada mulanya kami lemah dan sedih, tetapi kini semangat kami diperbaharui dan kami akan terus berjuang.

"Pemenjaraan Anwar memberikan kami dorongan meneruskan perjuangan kami," katanya di ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini mensabitkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar ekoran didapati bersalah meliwat bekas pembatu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Pembangkang khususnya PKR semenjak dari tarikh penghakiman menjalankan siri protes di seluruh negara mendesak Anwar dibebaskan dan terus mencanang hukuman ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai konspirasi politik.

Sungguhpun PKR bersunggh-sungguh meneruskan protes pada hari ini, DAP menerusi Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng melarang kesemua ADUN P.Pinang menghadiri himpunan tersebut di perkarangan pusat beli-belah Sogo di ibu negara.

PAS dalam pada itu masih tidak memberikan sebarang kata putus sama ada membenarkan atau tidak ahlinya menyertai himpunan #KitaLawan.

Gagal Dapat Sokongan PAS, DAP?

Perhimpunan #KitaLawan yang bermula jam 3 petang ini dikatakan tidak mendapat sebarang sokongan rasmi dari pihak PAS dan DAP.

Sehingga hari ini, PAS tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada para pemimpin dan ahli parti agar menyertai perhimpunan tersebut.

Malah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam mengeluarkan arahan melarang mana-mana wakil rakyat dari negeri itu menyertai perhimpunan #KitaLawan.

Para peserta yang menyertai protes itu hari ini dijangka berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo.

Perhimpunan #KitaLawan menuntut agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Mereka juga mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.

No comments:

Post a Comment