ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD KELANTAN : PIMPINAN DAP SELAR PAS

Saturday 21 March 2015

HUDUD KELANTAN : PIMPINAN DAP SELAR PAS

lim guan eng


GEORGE TOWN: Pimpinan DAP marah dan berasa dikhianati ekoran langkah PAS meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993, di Kelantan, kata Lim Guan Eng.

Sebagai tindak balas awam pertama mengenai perkara itu, Setiausaha Agung DAP itu berkata undang-undang hudud PAS telah membawa kepada langkah lebih hampir kepada kemusnahan dalam Pakatan Rakyat.

“Kami akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Khamis untuk membincangkan kedudukan dan pendirian parti berhubung kedegilan PAS.

“Kepimpinan akan membenarkan pemimpin di peringkat nasional dan negeri menyatakan pandangan mereka mengenai perkara ini secara tertutup atau secara terbuka,” kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Guan Eng menyelar pemimpin PAS berhubung “ketidakjujuran, penipuan dan pengkhianatan” mereka, dengan membelakangi Pakatan.

Antara lain Guan Eng berkata daripada empat pindaan dalam undang-undang hudud 1993 yang asal seperti yang dijanjikan kepada pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat terakhir yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Februari 2015, PAS telah membentangkan keseluruhan rang undang-undang hudud dengan kesemua 71 klausanya.

“DAP tegas membantah pelaksanaan undang-undang hudud bukan kerana ia undang-undang Islam, tetapi kerana hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa walaupun Islam adalah agama rasmi Malaysia, Malaysia bukanlah semua negara Islam,” katanya.

Guan Eng berkata isunya sekarang bukan sekadar berkenaan undang-undang hudud, yang dari sudut prinsip dan dasar sememangnya dibantah oleh DAP, tetapi juga persoalan kepercayaan dan kejujuran beberapa pimpinan PAS di peringkat nasional dan bagaimana mereka berpegang kepada janji.
mStar.

No comments:

Post a Comment