ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD : PAS RAYU DAP TERIMA HAKIKAT

Wednesday 18 March 2015

HUDUD : PAS RAYU DAP TERIMA HAKIKAT


Pas tidak pernah memaksa DAP menerima hudud tetapi mahu parti itu sekurang-kurangnya menghormati proses demokrasi.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, partinya membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan kerana ia aspirasi dan kehendak rakyat yang telah memberikan amanah kepada Pas mentadbir Kelantan sejak tahun 1990.

"Apatah lagi, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan itu hanya melibatkan orang Islam sahaja maka amatlah tidak wajar DAP melatah pula dalam hal ini. Pas menegaskan bahawa pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dihormati oleh semua pihak. Ia bukanlah perkara baru dan merupakan sebahagian daripada perjuangan Pas buat sekian lama," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berkenaan isu kerajaan perpaduan, ia tidak timbul sekiranya ada wakil rakyat UMNO yang menyokong pindaan enakmen tersebut kerana itu adalah hak ahli dewan untuk menyokong dan membantah sesuatu perkara.

"Sepertimana di Parlimen, tidaklah menjadi perkara yang aneh apabila ada ketikanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut menyokong usul dan pindaan yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. Adakah ini bermakna PR sudah bekerjasama dengan BN?

Menurut Mahfuz, politik yang matang adalah meletakkan kepentingan rakyat di hadapan bukannya sempadan politik kepartian yang tidak berkesudahan.

Sepertimana Pas boleh berlapang dada terhadap hal prinsip dan dasar perjuangan DAP, maka sebegitulah yang sepatutnya dipraktikkan oleh DAP kepada Pas.

No comments:

Post a Comment