ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LORONG RAHSIA BELAKANG KEDAI !!!

Monday 9 March 2015

LORONG RAHSIA BELAKANG KEDAI !!!

Seludup Barang Di Rantau Panjang Kelantan

RANTAU PANJANG – Pintu depan kedai dibuka untuk perniagaan ‘halal’, namun pada masa sama, sebilangan peniaga di sini turut membuka pintu belakang untuk aktiviti penyeludupan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, usaha membanteras penyeludupan di Rantau Panjang dilihat agak mencabar berbanding di Pengkalan Kubor.

Ini kerana katanya, kebanyakan kedai di Rantau Panjang dilengkapi stor menyimpan barang di belakang kedai.

“Stor berkenaan pula dihubungkan secara terus ke Sungai Golok bagi memudahkan kerja memunggah barang ke sempadan Thailand.

“Jarak dan kedalaman sungai yang cetek memudahkan lagi urusan memunggah. Penyeludup hanya perlu tunggu di dalam perahu, kemudian barang seludup akan disalurkan melalui lorong rahsia di belakang kedai,” katanya selepas meninjau keadaan di pengkalan haram dan stor menyimpan barang di Rantau Panjang, semalam.

Alias berkata, langkah penyelesaian baharu perlu dirangka semula dengan fokus kepada punca sebenar berlakunya penyeludupan.

“Ia pastinya mengambil masa untuk diselesaikan, malah bukan satu tugas mudah untuk diatasi,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment