ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NIK NAZMI DI REMAN TIGA HARI

Monday 9 March 2015

NIK NAZMI DI REMAN TIGA HARI

SHAH ALAM - Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan reman tiga hari sehingga Rabu berhubung siasatan perhimpunan tanpa kebenaran Sabtu lalu.

Penahan itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil melalui aplikasi WhatsApp.

“Assalamualaikum dan salam hormat Harap maklum YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua AMK merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor telah ditahan reman selama 3 hari hingga ke hari Rabu, 11 Mac di Balai Polis Jinjang,” katanya.

Nik Nazmi ditahan semalam selepas memberi keterangan berhubung perhimpunan #KitaLawan yang diadakan Sabtu lalu di hadapan Pusat Membeli-belah Sogo.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, Nik Nazmi ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 10 pagi.

Beliau ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut mengenai perhimpunan tersebut. 

Perhimpunan kira-kira 4 petang semalam itu disertai penyokong-penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berarak di sekitar Pasar Seni, Masjid Jamek, Ibu Pejabat Pas dan berakhir di kompleks membeli-belah Sogo.  

Perhimpunan itu bagi melahirkan sokongan kepada Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara berikutan kesalahan meliwat.
SH

No comments:

Post a Comment