ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NURUL IZAH DITAHAN KERANA PERHIMPUNAN #KITALAWAN

Tuesday 17 March 2015

NURUL IZAH DITAHAN KERANA PERHIMPUNAN #KITALAWAN

Hasil carian imej untuk NURUL IZAH

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas.

Nurul Izzah ditahan kerana perhimpunan #KitaLawan, kata KPNKetua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah juga ditahan dan disiasat di bawah akta sama susulan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.

"Beliau akan dibebaskan sebaik keterangannya direkodkan," kata Khalid dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurul Izzah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pukul 3.55 petang hari ini.

Sementara itu, dalam Twitternya @KBAB51 hari ini, Khalid berkata polis akan memanggil Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung status yang dimuat naiknya di laman Twitter @tonypua yang menyebut "Bastards. Real Bastards. Royal my foot" berkaitan tindakan polis menahan Nurul Izzah.

"Polis akan panggil YB ini menjelaskan apa maksud beliau dengan 'Royal my foot'. Adakah ditujukan kepada Raja-Raja Melayu?," kata Khalid dalam Twitternya.

Khalid turut tweet semula kenyataan Pua itu.

Pua bagaimanapun kemudian menyunting semula Twitternya dengan hanya menyebut "Bastards" sahaja.
AstroAwani

No comments:

Post a Comment