ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SAVE MALAYSIA : LKS CUBA BERMAIN POLITIK MELALUI ISU HUDUD - PRESIDEN MCA

Tuesday 24 March 2015

SAVE MALAYSIA : LKS CUBA BERMAIN POLITIK MELALUI ISU HUDUD - PRESIDEN MCA


Save Malaysia: Kit Siang cuba bermain politik melalui isu hudud - Presiden MCA
KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang dilihat cuba menarik sokongan ahli Barisan Nasional (BN) melalui isu hudud.

Katanya, Kit Siang sudah sedia maklum sejak awal bahawa sekutunya dari Pakatan Rakyat, iaitu PAS sememangnya ingin menubuhkan negara Islam, namun DAP tetap mempertahankan mereka.

“Kenapa masa dulu Kit Siang mempromosikan PAS yang ingin menubuhkan negara Islam.

“Jadi kita hendak tahu agenda Kit Siang dan anaknya (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng.

“Kedua-dua pemimpin ini telah membantu PAS sedangkan mereka tahu sejak hari pertama lagi bahawa PAS akan melaksanakan hudud,” katanya ketika ditemui wartawan di Parlimen pada Isnin.

Kata Tiong Lai, meskipun Kit Siang mengetahui perkara itu beliau (Kit Siang) masih ‘melindungi’ PAS dan kini beliau terpaksa berdepan dengan situasi yang sukar.

Ditanya sama ada beliau menyokong cadangan Kit Siang untuk pembentukan persekutuan baharu iaitu ‘Save Malaysia’, katanya agenda Kit Siang itu amat diragui.

“Dia sebenarnya sedang cuba untuk mengalihkan isu dan bermain politik melalui hudud. Dia tahu sejak awal lagi dan sekarang dia sudah terperangkap,” kata beliau yang juga Menteri Pengangkutan itu.

Semalam, dalam laporanThe Star, Kit Siang telah mencadangkan pembentukan sebuah gabungan baharu yang dikenali sebagai "Save Malaysia" (Selamatkan Malaysia) yang terdiri daripada ahli politik pembangkang dan kerajaan.

Katanya gabungan tersebut adalah untuk memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang.

Cadangan itu dipercayai tercetus akibat ketegangan yang berlaku daripada desakan PAS untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II atau hudud.

No comments:

Post a Comment