ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP DAKWA KERJASAMA HUDUD UMNO-PAS ANCAM PR

Saturday 11 April 2015

DAP DAKWA KERJASAMA HUDUD UMNO-PAS ANCAM PR

Hasil carian imej untuk umno pas

KUALA LUMPUR 11 April - Pembentukan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS untuk melaksanakan hudud bukan sahaja menghancurkan Pakatan Rakyat (PR), tetapi juga melemahkan dan mengancam Barisan Nasional (BN) dan persekutuan Malaysia, kata DAP hari ini.

Ketua Parlimen parti itu, Lim Kit Siang, menyalahkan Datuk Seri Najib Razak dalam hal itu, mengatakan perdana menteri itu tidak sedar "senjata hudud" yang dirancang pelopor kerajaan perpaduan dalam Umno itu, sebenarnya "pedang bermata dua".

"Ia bukan sahaja boleh merosakkan perpaduan dan solidariti dalam PR dengan kejayaannya memikat sokongan PAS yang kononnya mendapat sokongan Umno dalam isu hudud Kelantan, ia juga mengancam perpaduan dan kelangsungan BN dan persekutuan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Malah, plot hudud konspirator kerajaan perpaduan dalam Umno mempunyai potensi bukan sahaja untuk memusnahkan kedua-dua pakatan, tetapi juga negara atau membawa penjajaran semula kuasa politik di negara ini."
Lim, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, berkata Najib tidak seharusnya membenarkan komplot itu terus "bermain api", merujuk kepada konspirasi untuk menarik sokongan PAS bagi memecahkan PR.

Katanya, konspirasi itu bermula setahun yang lalu pada 27 Mac, 2014 dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mengejutkan semua di Parlimen termasuk pemimpin PAS, apabila mengatakan kerajaan persekutuan BN sedia bekerjasama dengan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

"Konspirator kerajaan perpaduan dalam Umno begitu berjaya hingga menyebabkan bukan sahaja kerosakan besar kepada perpaduan dan solidariti PR, mereka juga mendapat keuntungan dengan menenggelamkan semua isu yang sedang menghantui Umno dan perdana menteri," katanya.

No comments:

Post a Comment