ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENJAWAT AWAM TIDAK TERKECUALI

Sunday 31 May 2015

PENJAWAT AWAM TIDAK TERKECUALI

Penjawat awam tidak terkecuali

JERTIH - Penjawat awam atau bekas kakitangan awam tidak terkecuali untuk menikmati kemudahan menerusi peruntukan sebanyak RM10 juta yang disediakan kerajaan negeri di bawah Tabung Dana Khas Darul Iman.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, kakitangan awam yang menghadapi masalah kewangan, juga boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan itu bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan mereka.

Menurutnya, mereka layak memohon satu daripada tiga tabung disediakan di bawah Tabung Dana Khas Darul Iman iaitu Tabung Dana Sosial Perubatan, seperti untuk membiayai kos ulang-alik bagi mendapatkan rawatan hospital.

“Tabung ini tidak membiayai kos rawatan pesakit kerana kos rawatan penjawat awam sudah dibiayai dan ditanggung kerajaan, namun bukan kakitangan awam pula memohon di bawah di bawah Tabung Penyakit Kronik,” katanya.

Beliau yang juga Adun Jertih berkata demikian ketika menziarahi seorang guru agama SMK Agama Nurul Ittifaq, Najiah Ismail, 47, yang menderita barah payu dara di rumahnya di Kampung Gong Kemuntong, dekat sini.

Lawatan Cakna Guru yang diadakan sempena Hari Guru itu turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, A Halim Hassan dan warga pendidik daerah.

Menurut Muhammad Pehimi, warga pendidik atau bekas guru tidak terkecuali untuk memohon bantuan tersebut sekiranya mereka tidak berkemampuan membiayai kos pergi mendapatkan rawatan dan sebagainya.

Katanya lagi, permohonan daripada penduduk Terengganu untuk mendapatkan bantuan daripada tabung itu semakin meningkat dan diurus dengan baik.

Dalam pada itu, Muhammad Pehimi meminta jabatan kerajaan lain mencontohi Jabatan Pendidikan Terengganu dengan mengadakan program cakna kakitangan di samping tidak melupakan kakitangan yang terlantar sakit.

“Kalau boleh bekas pelajar juga menganjurkan rombongan melawat bekas guru mereka yang masih berkhidmat atau sebaliknya. Usaha ini akan mencetuskan sikap positif dalam masyarakat,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment