ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : AMBANG MERDEKA DIPINDAH KE BUKIT JALIL GARA-GARA #BERSIH4

Sunday 30 August 2015

TERKINI : AMBANG MERDEKA DIPINDAH KE BUKIT JALIL GARA-GARA #BERSIH4

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengesahkan perkara tersebut kepada pihak media selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah di sini, pada Ahad.

"Saya adakan perbincangan dengan OCPD, kita tahu sambutan Ambang Merdeka yang selalu ada, akan pindah ke Bukit Jalil.

"(Polis) tidak bagi sebab. Saya rasa ia (Ambang Merdeka) wajar dipindahkan sebab kita adakan sambutan (Bersih 4.0) hari ini.

"Kami (penganjur) amat menghargai apabila sambutan Ambang Merdeka dipindahkan," jelas Maria.

Bagaimapun, sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada Isnin akan diteruskan seperti dijadualkan. 

Ditanya berkenaan sebarang jaminan atau kebenaran daripada pihak polis untuk membenarkan perhimpunan Bersih 4 diteruskan, Maria berkata tiada sebarang jaminan diberi.

Bagaimanapun, pihaknya akan meneruskan perhimpunan hingga lewat malam ini.

No comments:

Post a Comment