ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 8 GAMBAR KEADAAN BANJIR DI GUA MUSANG

Thursday 1 October 2015

8 GAMBAR KEADAAN BANJIR DI GUA MUSANG


Gua Musang: Kira-kira 500 penduduk di 10 kampung sekitar daerah ini panik apabila air Sungai Nenggiri melimpah akibat hujan lebat berterusan selama lima jam mulai 1 pagi, hari ini.

Difahamkan, limpahan air sungai itu mengakibatkan halaman rumah milik sesetengah penduduk dipenuhi air sedalam 0.5 meter selain menenggelamkan jalan utama.

Bagaimanapun, banjir kilat itu tidak memasuki rumah penduduk dan tiada antara mereka yang berpindah keluar bagi menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ia tidak serius.

"Tinjauan anggota mendapati air sungai melimpah dan ia tidak membahayakan, malah jalan utama masih boleh dilalui.

"Tiada juga tanah runtuh yang serius hingga memaksa penduduk berpindah," katanya.

Antara kampung yang terbabit, Kampung Kundur, Kampung Nerang, Kampung Kerinting, Kampung Lembaga, Kampung Tiong, Kampung Subong dan Kampung Sungai Terah selain beberapa perkampungan Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing.

Sementara itu, laman web Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan bacaan dua sungai utama di Gua Musang iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir menunjukkan paras normal setakat 6 petang.








No comments:

Post a Comment