ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN AZMI, AKTA HASUTAN SAH DALAM PERLEMBAGAAN

Tuesday 6 October 2015

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN AZMI, AKTA HASUTAN SAH DALAM PERLEMBAGAAN


Pensyarah Undang-undang Azmi Sharom gagal dalam permohonannya mencabar Akta Hasutan 1948 yang digubal semasa pemerintahan British diisytiharkan sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan Azmi, dan memerintahkan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.

Panel lima hakim itu termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Abdull Hamid Embong dan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Arifin yang membacakan keputusan itu berkata akta itu tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun.

Pensyarah Universiti Malaya ini yang memakai baju kelabu dan tali leher coklat, dilihat menggelengkan kepalanya apabila mendengar keputusan tersebut dibacakan.

Mahkamah penuh dengan penyokong dan peguam seawal pukul 8.30 pagi, Selasa.

Pada 2 September tahun lepas, Kolumnis The Star ini didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) akta tersebut berhubung komen beliau dalam satu artikel bertajuk 'Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told' yang disiarkan dalam sebuah portal berita.

Jika sabit kesalahan di bawah mana-mana satu dakwaan, beliau akan menghadapi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment