ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEDAI ELEKTRIK BERUSIA 68 TAHUN TERBAKAR ( 5 GAMBAR & VIDEO)

Monday 2 November 2015

KEDAI ELEKTRIK BERUSIA 68 TAHUN TERBAKAR ( 5 GAMBAR & VIDEO)



KOTA BHARU - Sebuah kedai elektrik berusia 68 tahun musnah dalam kebakaran berhampiran bulatan jam di Jalan Temenggong di sini malam tadi.‎

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, dipercayai bermula dari tingkat bawah yang kemudian merebak ke tingkat atas kedai terbabit.
Akibat kebakaran itu, 70 peratus bangunan‎ terbabit musnah namun dengan bantuan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan api dari merebak ke bangunan sebelah.

Pemilik kedai‎, Lee Yung Hua, berkata, semasa kejadian dia tiada dikedainya kerana mempunyai urusan luar.

"Kedai baru sahaja ditutup kira-kira jam 6 petang dan semasa ditinggalkan kedai dalam keadaan terurus.

"Saya hanya menerima panggilan telefon kira-kira jam 6.40 petang‎ dari rakan yang memberitahu kedai saya terbakar"katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata, semasa  dia sampai ke kedainya hampir separuh dari bangunan bawah sudah terbakar dan dia gagal menyelamatkan barangan dalam kedai.

Yung Hua berkata kerugian yang ditanggungnya dianggarkan bernilai RM 70,000.‎








No comments:

Post a Comment