ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 1MDB : DAKWAAN TUN M TANPA BUKTI, HANYA ANDAIAN

Friday 4 December 2015

1MDB : DAKWAAN TUN M TANPA BUKTI, HANYA ANDAIAN


PETALING JAYA: Pihak 1MDB menganggap catatan terkini pada blog Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai intipati yang berulang, tanpa bukti, tuduhan tidak berasas dan hanya berdasarkan dakwaan serta andaiannya.
Ia masih berlaku walaupun 1MDB telah mengemukakan fakta dan penjelasan, tetapi Dr Mahathir berulang kali mendakwa "RM42 bilion hilang" daripada syarikat itu.
Tindakan yang dianggap tidak seperti amalan biasa bekas Perdana Menteri itu, 1MDB tetap mahu berurusan dengan fakta kerana adalah jelas akaun 1MDB telah diaudit firma antarabangsa.
Juga diketahui ramai bahawa Ketua Audit Negara diarah Kabinet pada 4 Mac 2015 untuk meneliti akaun terdahulu 1MDB. Laporan awal yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang NEgara (PAC) pada 9 Julai lalu sebelum laporan akhir akan diserahkan kepada kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang pada 17 Disember 2015.
Sepanjang sejarah negara ini, 1MDB adalah syarikat yang paling banyak disiasat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, Bank Negara Negara, Jabatan Audit Negara dan PAC.
Dokumen dan bukti telah diserahkan kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap 1MDB.
Jika Dr Mahathir mahu mengetahui kebenaran, beliau akan membenarkan semua agensi berkenaan selesai menjalankan siasatan dan memperoleh hasilnya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak berbuat demikian, sebaliknya berterusan membuat dakwaan tanpa siasatan atau rujuk kepada fakta tanpa mengambil kira aspek perundangan.
Menerusi kenyataannya, Dr Mahathir dilihat menghina dan memandang rendah pelbagai agensi yang menyiasat 1MDB. Selepas 22 tahun berkuasa, dalam fikirannya, beliau sahaja yang betul, walaupun dakwaanya bahawa "RM42 bilion hilang" itu salah.
mStar

No comments:

Post a Comment