ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL FATIHAH : SENIWATI MARIANI MENINGGAL DUNIA

Tuesday 1 December 2015

AL FATIHAH : SENIWATI MARIANI MENINGGAL DUNIA

mariani

PETALING JAYA – Seniwati Mariani atau Mariam Ismail meninggal dunia pada pukul 7.32 malam, Selasa.

Berita berkenaan disahkan sendiri oleh anaknya, Melissa Saila melalui akaun Twitter.

“Bismillahirohmanirahim. Ibu saya Mariam @ Mariani Bt Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32,” tulis Melissa.

Paparan skrin milik Melissa Saila memaklumkan mengenai berita kematian ibunya.

Sementara itu menerusi laman Instagram, Melissa memberitahu jenazah ibunya kini berada di rumahnya di Taman Kosmo Jaya, Sentul di sini sebelum urusan pengebumian diadakan.

Bagaimanapun, Melissa tidak memaklumkan punca kematian ibunya.

Kakak kepada Biduanita Puan Sri Saloma itu dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura.

Mariani adalah antara Seniwati terkenal dan berjaya ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas di Singapura.

Sepanjang kariernya yang bermula pada tahun 1952 sehingga kini Mariani pernah membintangi ratusan filem dan drama yang diantaranya sepertiIstana Impian, Kembali Seorang, Labu Labi, Nasib Labu-Labi, Tiga Abdul dan Masam-Masam Manis.
mstar

No comments:

Post a Comment