ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MT UMNO KEKALKAN MUHYIDDN & SHAFIE, HANYA PRESIDEN GULUNG PERBAHASAN

Thursday 10 December 2015

MT UMNO KEKALKAN MUHYIDDN & SHAFIE, HANYA PRESIDEN GULUNG PERBAHASAN


KUALA LUMPUR -  Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal kekal dengan jawatan masing-masing, sekaligus menafikan spekulasi  mereka akan dikenakan tindakan disiplin kerana lantang mengkritik Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Najib sendiri mengambil pendirian itu pada Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO
"Oleh sebab itu presiden dan Timbalan dan naib-naib presiden masih orang yang sama. Jadi tidak timbul spekulasi di luar sana.
"Sesungguhnya kebijaksanaan ini adalah dilakukan oleh presiden parti, maka janganlah membuat spekulasi yang agak negatif," katanya kepada media ketika ditemui di perkarangan Menara Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti akan mempertimbangkan tindakan disiplin terhadap Muhyiddin ekoran ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman, malam Isnin lalu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana gagal menjawab kontroversi derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan skandal syarikat dana pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhyiddin juga tidak menghadiri majlis amanat Najib kepada ketua-ketua bahagian UMNO di PWTC semalam. 
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Najib sehingga menyebabkan kedua-dua mereka dipecat dalam rombakan kabinet Julai lalu.
Ahmad Zahid dalam pada itu menambah mesyuarat khas hampir satu jam itu memutuskan hanya Najib akan menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 Sabtu ini.
"Ucapan penggulungan apa yang diputuskan tadi, mengikut apa yang berlaku pada sayap-sayap tadi hanya ketua sahaja yang menggulung. Maka penggulungan akan dibuat oleh presiden parti sahaja," katanya.
Tengku Adnan pada minggu lalu ada memberitahu selain daripada Najib selaku presiden parti, tidak ada keperluan untuk ahli MT lain dan ketua-ketua sayap menggulung perbahasan.

No comments:

Post a Comment