ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS BANTUAN MAUT KERETA TERBABAS DI LPT2 [5 GAMBAR]

Thursday 3 December 2015

POLIS BANTUAN MAUT KERETA TERBABAS DI LPT2 [5 GAMBAR]


Dungun: Polis bantuan berusia 23 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 339.9 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Paka, dekat sini, 6.45 pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, Mohd Nazrul Mohd Ropi yang berasal dari Kampung Bukit Aceh Matang, Kuala Berang maut di tempat kejadian.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta mangsa terbabas ke kiri jalan sebelum berpusing.

Ia menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kenderaannya dan parah di kepala serta patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
hmetro




SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA

No comments:

Post a Comment