ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUSAM DIHADAPKAN KE JAWATANKUASA TATATERTIB PAS !!!

Sunday 14 February 2016

HUSAM DIHADAPKAN KE JAWATANKUASA TATATERTIB PAS !!!


Akhirnya bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dilihat mengkritik parti dan muncul dalam program parti lain akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Pas.
Ia diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini.
"Kami memohon kepada jawatankuasa supaya kes membabitkan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian dan Ahli Dewan Undangan Negeri Salor (Husam) dipertimbangkan dan diputuskan segera bagi mengelakkan kesan kurang baik, tohmahan berterusan yang merugikan parti," katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Menurut Tuan Ibrahim, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mahu jawatankuasa tatatertib yang diketuai Datuk Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok menelitinya.
Husam yang sebelum ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Harian Pas dilihat agak kritikal kepada kepimpinan Pas sejak tidak dapat mengekalkan jawatan naib presiden.
Selain mengkritik kerajaan negeri Kelantan, Husam juga dilihat hadir dalam majlis anjuran parti serpihan Pas, Parti Amanah Negara.
Sementara itu, Husam dalam reaksi segeranya menyatakan kesediaan berhadapan dengan jawatankuasa tatatertib parti tetapi mahu kertas pertuduhan sebenar bagi membolehkannya membuat pembelaan.
"Saya bertanggungjawab atass semua ucapan saya dan Insya Allah akan mempertahankannya semasa menemui Jawatankuasa Disiplin nanti," ujarnya sambil mahu menyampaikan kepada jawatankuasa yang sama mengenai perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar Pas dan Islam yang telah dilakukan poleh pihak-pihak tertentu dalam parti.
Beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada Dewan Harian Pas Pusat yang berjanji kepadanya untuk memberi maklum balas hasil 'pertemuan' mereka sebelum ini.

No comments:

Post a Comment