ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 1MDB SELESAI LUNAS HUTANG IPIC

Friday 29 December 2017

1MDB SELESAI LUNAS HUTANG IPIC


1Malaysia Development Bhd (1MDB) sudah melunaskan keseluruhan hutang kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).
Dalam satu kenyataan, syarikat itu  berkata Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC, 1MDB sudah membuat pembayaran penuh kepada IPIC, semua dana yang diperlukan untuk dibayar kepada IPIC.
“1MDB sudah membayar kepada IPIC bayaran penuh bagi hutang yang tarikh akhirnya pada 31 Disember ini.
“Semua bayaran kepada IPIC daripada hasil program rasionalisasi yang sedang dilakukan,” katanya hari ini.
Sementara itu, IPIC dalam kenyataannya di Bursa Saham London dilaporkan sudah menerima semua jumlah yang perlu dibayar menjelang akhir bulan ini di bawah pembayaran dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan 1MDB serta Anugerah Persetujuan yang dimeterai pada 9 Mei lalu.
1MDB perlu membayar kira-kira AS$600 juta kepada IPIC menjelang 31 Disember ini, sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian yang dipersetujui pada April lalu, selepas 1MDB gagal membayar bonnya.
Ia menyebabkan IPIC meminta mahkamah di London menimbang tara tuntutan pembayaran berjumlah AS$6.5 bilion.
1MDB pada mulanya bersetuju untuk membayar AS$1.2 bilion secara dua kali ansuran kepada IPIC dengan yang kali pertama berjumlah kira-kira AS$600 juta sebelum 31 Julai lalu.
Namun, syarikat itu terlepas tarikh akhir bayaran disebabkan perlu mendapatkan ‘kelulusan pengawal selia’ dan bayaran itu dibuat pada Ogos lalu.

No comments:

Post a Comment