ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ILMU KEBAL APA YANG ISA SAMAD PAKAI ???

Friday 29 December 2017

ILMU KEBAL APA YANG ISA SAMAD PAKAI ???


Kekebalan’ bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam menghadapi pelbagai skandal membabitkan agensi tersebut menimbulkan tanda tanya umum sehingga Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamed Hanipa Maidin melontar soalan, ilmu apa yang digunakan tokoh veteran Umno itu?

Mengulas skandal terbaru membabitkan Isa iaitu penjualan tanah milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Hanipa melahirkan kehairanan mengapa seingga kini Isa belum lagi dipanggil polis sedangkan semasa urusniaga itu berlaku, Isa menjawat pengerusi Felda dan pengerusi Felda Investment Corporation, syarikat milik Felda yang diberi tanggung jawab memajukan tanah strategik Felda itu.

Ada laporan polis dibuat, polis kata mamat ni Isa ada di luar negara dan hanya akan diambil keterangan bila dia dah balik Ke Malaysia.

Lepas tu, menular foto mamat ni dah balik ke Malaysia dan siap boleh pengerusikan mesyuarat Umno Teluk Kemang lagi tapi masih tak dipanggil polis.

Yang bestnya dia boleh kata saya masih belum dipanggil polis. 

Tak tahu ilmu apa dia pakai hingga polis macam tak boleh nampak dan kesan dia

1 comment:

  1. ilmu kebal ni dia tuntut dari mathir kuttik kut,,

    ReplyDelete