ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU TANAH FELDA : JANGAN HASUT RAKYAT !!!

Tuesday 26 December 2017

ISU TANAH FELDA : JANGAN HASUT RAKYAT !!!


Yang Jadi Isu Tanah Milik Agensi Kerajaan Bernama  Felda Bukan Peneroka.

Yang menjadi isu ialah tanah milik Felda sebuah agensi kerajaan. Dengan kata lain ia adalah tanah milik kerajaan. 

Ia bukan tanah milik peneroka felda. Jadi tidak adil untuk sesiapa menghasut bahawa tanah peneroka telah tergadai. 

Atas tanah ini telah dibina Anjung Felda pada 1966 iaitu 10 tahun selepas penubuhan Felda. 

Jadi adakah adil untuk menghasut peneroka supaya marah kepada kerajaan Barisan Nasional seolah-olah ia tanah milik peneroka? 

Tidak salah untuk peneroka marah kerajaan jika kepentingan mereka diselewengkan. Tidak salah untuk peneroka mengecam kerajaan jika ada kesilapan.

Penerokalah yang membanting tulang empat kerat bersama bantuan kerajaan membangunkan ladang-ladang mereka, dan turut membangunkan Felda. 

Cuma kalau hendak marah atas sebab tanah kena jual, kenalah betul fakta. 

Sekarang yang menjadi isu ialah tanah milik agensi kerajaan bukan tanah milik peneroka pun.

Selebihnya, ingatlah Kerajaan BN lah yang membantu Felda, untuk membantu peneroka, ketika zaman kejatuhan harga komoditi dan zaman tiada hasil.

Walaupun tidak salah untuk peneroka dan rakyat marah jika berlaku penyelewengan, namun tidak betullah membuat cerita tanah peneroka telah terjual.

No comments:

Post a Comment