ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAT SABU PANGGIL TUN M KEPALA PEROMPAK !!!

Monday 25 December 2017

MAT SABU PANGGIL TUN M KEPALA PEROMPAK !!!

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Dia menuduh, sebagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu turut melakukan penyelewengan.
Jelasnya, tidak menghairankan sekiranya Dr Mahathir menegur Perdana Menteri kerana ia dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri.
“Mahathir ni kepala perompak. Jadi bila anak-anak buah (Najib) menipu dia tahu,” katanya sewaktu berucap dalam Ceramah Grand Finale Kita Lawan di Kampung Baru pada malam Jumaat.
Katanya, Najib tidak boleh berbohong kepada Mahathir berhubung penyelewengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana beliau juga melakukan perkara yang sama sewaktu mentadbir.

No comments:

Post a Comment