ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS BERHAK CALON HADI JADI PM - MAHFODZ

Monday 25 December 2017

PAS BERHAK CALON HADI JADI PM - MAHFODZ

Saya sudah katakan sebelum ini sangat bahaya apabila nama Islam ditundukan dan diheret dalam setiap tindakan kita. Tidak menjadi masalah untuk kita katakan ijtihad sekarang berbeza atas pertimbangan politik semasa. Namun bahaya bila dikata itu adab Islam, ini adab Islam sedangkan ia tidak begitu.

Sekali lagi saya tekankan bahawa isu politik itu asasnya maslahah dan ijtihad. Bukan statik seperti ibadah khusus dan akidah. 

Seperti biasa sebahagian penyokong parti tetap pertahankan tokoh mereka. Kata mereka lena ambil pendirian rasmi parti. Baiklah saya bawakan klip dari wakil Dewan Ulama Parti.

Menonton kepada klip dari wakil Dewan Ulama parti berkenaan di bawah saya terfikir adakah pada waktu ini parti ini tidak beradab dengan adab Islam? 

Jika benar, apakah sebab mereka meninggalkan adab Islam ini? Adakah kerana masa ini belum jumpa dalil? atau dah jumpa tetapi ditinggalkan kerana mementingkan kemenangan dan undi? 

Kita juga berhak bertanya mana satu adab Islam? Kenyataan baru atau kenyataan dalam klip ini? 

Jika ia pandangan peribadi semata, adakah beliau wajar ditegur kerana telah menyalahi adab Islam dan beliau wajar ditegur kerana beliau adalah pimpinan dan orang besar dalam Dewan Ulama.

VIDEO : 

No comments:

Post a Comment